welcome to anies aneesa fun page! semoga terhibur (^_^)'

welcome to anies aneesa fun page! semoga terhibur (^_^)'

Tuesday, February 22, 2011

10 tanda D.i.A jodoh k.i.T.a

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

its..from haji abdul samad.. nice kan.... :)) but..who konws.. jodoh adalah dari ALLAH.. just bertawakal... allah bukan zalim...kita diciptakan berpasang-pasangan... dekat atau jauh, hanya DIA yang lebih mengetahui... berdoa+usaha+tawakal... jodoh anda mungkin makin hampir dengan anda... nk cari sesempurna adam, adakah kita sesempurna hawa?? sejauh mana pun kita dgn pasanagn kita "andai jodoh itu ada, ia pasti ada.. percayakan takdir ALLAH, dan ikhlas lah menerimanya dengan hati yang lebar dan rasa rendah diri.. insyaallah.. kebahagaian itu adalah milik kita. yang tak pernah lupa dan leka akan kekuasaan-Nya.. amin.. 

Tuesday, February 15, 2011

bodohnya C.i.N.t.a

"mencari seorang "adam" ibarat mencari seekor gagak yang berwarna putih"

words from my achik..faham x?? dunia yg kita impi kan xseindah yg kita harapkan..kdg kita rase da seronok sgt dengn ape yg kita miliki..tp kita xnk bersyukur pun..sbb tu la bahagia kita kecapi hanya sekejap je pinjamannya...

 So,

dalam kita ikhlas menyayangi seseorang itu, kadang dia xsedar pun akan perasan itu...sbb tu kita kene berusaha..sampai suatu masa.bila ia da xbernilai, pergilah bawa perasaan itu pergi..sebb sekuat mana kau usaha pun,,ia xkan bernilai pada mata ia.. " percayalah jodoh datang dari tuhan" dengan cara apa dan bagaimana, hanya DIA yang tahu...berserah berdoalah selagi mampu.. 
  
BODOH nya CINTA bila kita ditipu, bodoh nya CINTA bila kita langsung xdihargai sedikit pun, bodohnya CINTa biler kita tak dapat berfikir secara waras..BODOH nya CINTA bila kita sentiasa melakukan perkara BODOH..
hmmm...bila kita sudah menyayangi seseorang, kita susah sgt nk lepaskan seseorang itu.sbb bila kita da syg segala nya untuk dia..smpai kita lupa ciptanya kita dunia hanya kerana ALLAH.gembira kita datang dari DIA..dan sbb itu, kita leka sbb terlampau mengikut sgt perasan itu...

weyyy..aku xkuat wey...bila aku syg org.aku akan sentiasa syg org itu..MERIMASKAN! sbb hape.sbb aku sayang dia..hati aku munsing.gelisah because of something!..dan sememgnya berlaku... kenapa hah?? dunia xadil.. org cakap wanita yang baik diciptakan untuk lelaki yang baik--- tapi aku rase dia da cukup baek da..seseorang itu boleh berubah sekiranya dia mahu berubah.dan perubahan memerlukan sokongan dan dorongan..perubahan memerlukan masa.. aku rase kitrong boleh, kalo kita sama2 nk..kalo kita sama2 ikhlas...jgn menipu.. dan akhirnya aku kene trima kenyataan, secuba mana pun aku...aku tetap akan kalah..

aku da byk beban kan diri aku dgn masalah mcmnie...aku buta mengenal kehidupan.aku buta menilai seseorang.. ayah mak adik2...mereka adalah nadi kehidupan aku...syg dekat dorg..dan harapan ayah seharusnya aku utamakan..dan bila datang nya DIA. aku mengabaikan tanggungjawab aku,,,.. sbb itu laaa BODOHnya CINTA... hmm... 

ce baca bibit2 lagu nieh......
Bila Cinta Didusta
Hati Mula Gelisah
Hilang Kekasih Hati
Hidup Jadi Merana

Insan Jadi Idaman
Kini Dimilik Orang
Cinta Yang Diimpikan
Putus Di Tengah Jalan
 
Terpaksa Mengalah
Mengapa Menyinta
Andainya Tak Setia
Tak Usahlah BerCinta
Jika Hanya Berpura
 
Bila Hati Dah Jemu
Mula Berpaling Tadah
Tak Pernah Difikirkan
Orang Yang Ditinggalkan
Tersiksa Sayu Pilu

Oo Merayu-rayu
Oo Ingin Kembali
Oo Meratap Sayu
 
Tidak Mungkin Orang Simpati
Menoleh Pun Tak Sudi
Andainya Ditakdirkan
Cintamu Didustai
Pastinya Kau Mengerti
Siksanya Perpisahan
Hanyalah Ditemani Sesalan



kalau menderita boleh buat ramai yang bahagia.aku lebih pilih derita utk melihat mrka bahagia.. - nukilan.

kalau kita ikhlas menerima dia.kita juga harus ikhlas melepaskn ia demi kebahagian ia,kalau itu yg lbih baik..ikhlas lah.. - nukilan

* kesimpulan..melihat org bahagia bleh membuatkn kita turut rsa bahagia. besabarlah sbb bahagia kita pasti ada bila kita berjaya membahagiakan orang2 sekelinling kiter.. JANGAN DENGKI!!! :p

sesuatu benda sukar nk lepaskan tapi harus ada paksaan...bukan sbb untuk diri kita.tapi untuk org itu juga. belajar laa menerima kenyataan sbb apa yg diharapkan tak selalu indah... kalau dengan kita buat ia tersiksa... biarkan dia bersama kebhagiaan dia... jgn jadi tamak mahupun pentingkan diri...

percaya x? jodoh itu datang dari tuhan. 5tahun berpisah pun boleh bersua kembali..5kali berdendam pun boleh menyayangi kembali..sbb rase sayang yang allah beri tak pernah hilang kalau kita ikhlas menerima dan memberi... allah maha adil :) sayang xsemestinya memiliki, sayang xsemestinya mementingkan diri. sayang hanya sendiri yang mengerti... 

hmmm..biarkan masa dan takdir yang menentukan.kalau kau kejar sekali ape pun, ianya sekadar sia2 jika hati nya sudah pada yang lain.so.doakan yang terbaik.. moga ia sentiasa bahagia.moga ia tidak dipesongkan hatinya.moga ia sentiasa dibuka kan hati untuk menerima kamu kembali...

jgn tinggalkan solat oke.sejahat mana kita, sentiasa ingat, solat itu tiang agama.. seandai tiang itu sudah roboh, dimana iman kita berdiri..kita mungkin akan sentiasa terpesong.. (jaga diri.jaga solat :) pesanan i )


*saya lepaskan awak dengan seikhlas hati saya..saya doa kan yang terbaek untuk awak..maaf atas kekasaran bahasa tempoh hari...sbb bile ia amat menyakit kan, nafsu mendera emosi untuk trus melepaskan kemarahan... andai ada jodoh kita, kita tetap jumpe... kan... :)

hellooooo...guys yang baca...diz is about real life aku...so..jgn nk komen sgt...just amek iktibar...jagn sayang manusia melebihi syg kita pada yang maha esa.. sbb bila syg itu melebihi darinya, nescaya, kita akan bisa lupa diri..dan lalai dalam tuntutan ibadah kita... jgn lupa, ALLAH ITU MAHA ADIL.. ikhlas laa dgn apa takdir yg diterima..sbb kita mampu menghadapi nya...sentiasa ingat allah sentiasa disisi hamba nya yg tak pernah lupa pada nya... salam~~

Sunday, February 6, 2011

terasa J.a.[U].H

Bila bila kiranya diriku perlu
Hari yang murung
Terdengar nada yang riang ria
Sekali suara meyakinkan jiwa
Kaku langkah mengaguminya
Kaku menerimanya

Selagi bahuku
Memikul bebannya
Selagi hayatku
Merasa siksa
Selama senyuman
Menjadi senyumku
Ku bawa wajahmu
Walau diriku jauh...
Jauh...
(versi V.E)

oohohoi....(laungan M.Daud kilau yang memukau). huh.aku memang nk sgt update blog.tp malas ya rabbi ku tak tahu nk ckp cmne.kebuntuan dalam mengarang apatah lagi berhelah madu..hagak poyo suda.. "kepoyoan menunjukan kebodohan seseorang" .AGREE!!!. tp sebenarnye.........
mereka xsedar kepoyoan membuktikan mereka berani tampil kehadapan..memg nmpak bodoh tapi cube fikir kalau dgn cara itu boleh membuktikan isi hati mereka,meluahkan isi hati mereka, perlu kah ia dikritik.. hehe..
okey. aku da mcm lari tajuk je kan..betol wey...jangan nk POYO sgt sbb ia bisa membunuh diri sendiri.. COOL suda..
JAUH??

kiter kadang rase ia dekat dengan kita..tp sebenarnya ia suda JAUH
kiter rase benda yang susah sangat nk dapat tu JAUH sesangat..sbb tu rase susah
cuba benda yang JAUH itu kita blaja untuk terus mendampingi..
lama-lama, yang JAUH bisa jadi DEKAT

hmmm..aku buat blog because of something..and now...mcm xcaya something was changes.hahahaha...sayang itu tetap yang satu..hargai dengan apa yang kamu miliki.untuk dapatkan yg sesempurna memg susah.belajarlah menerima dengan apa adanya..belajarlah untuk lebih menjadi sesuatu itu lebih baik kepada yang terbaik..boleh??nak dgn tak nak je.. usaha selagi ada.doa selagi mampu.percaya yang allah itu maha adil.. "ketahuilah..saya memg sayang kamu" ikhlas sukar dibukti melalui perbuatan mahupun percakapan.tapi...cuba lihat ia dari mata hati kamu...saying dat no more words than i love u..-always- it will keep it as urs ever..yang lain-lain. berserah jelahhhhh..

hahahahahaha..wey..ni bukan ape-ape tau..sebb ini blog aku..sukahati aku la nk letak ape kan..nk cmpur aduk crita ke.nk buat ayat kontroversi ke..ape de kesah??? hahaa.. tapi mcm poyo kan...weh! cuba ikhlas sikit membaca! bluuewekkk~~

bila kiranya diriku perlu.hari yang indah..~tetap~ terasa jauh...