welcome to anies aneesa fun page! semoga terhibur (^_^)'

welcome to anies aneesa fun page! semoga terhibur (^_^)'

Saturday, September 3, 2011

pabila KEJAHILAN mencari NUR keSUCIan

Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadanya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya dimaqbulkan). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.
 
(Al-A’raf:56)

Friday, August 26, 2011

bila saya mencari yang SEMPURNA :)


setapak kaki melangkah..seribu kali kata di madahkan.. Hanisah sudah kembali bercerita .... :)
" I tell the boys and girls:
Allah already written the names of your spouses for you.
what you need to work on...is your relationship with Allah SWT.
......he will send her/him to you when you're ready.
it is only a matter of time."
:: Sheikh Mamdouh ::

Monday, July 4, 2011

kesinambungan......

Oleh sebab tak boleh nk bukak dekat entry yang b4 nie..So,dgn pandainye dan gelige nye hotak aku nie.. aku masuk kan lagu itu dalam entry yang ini... okeh.. SILA layannnnz.. klik! Klik!

MadaH lahir dikala pena mengalunkan rentaknya...

Biarkan PENA memulakan berbicara.. Tatkala HATI terbuka untuk bercerita.. Lantas MINDA melafazkan kata dan entry ini mengalunkan RENTAKnya.... duhai suara, disini kau luahkan rasa........

Saturday, June 18, 2011

apakah erti SAHABAT di mata ANDA ?

EHEM!uhuk2..hoish. sekian lama tidak menatap page holder ini...makin berdebu bubunga suda! kesebokan serta kemalasan yang berpanjangan membantut kan minda keotakan untuk lebey matang berkarya --> waakakaka.. wakluu mankenchik..~ blurb :P

hmmm...guys..diz entry aku nk bercerita sedikit makna sahabat dalam erti kata suku kata dalam diari hidup aku.. kawan = sahabat = org yg sgt penting meng-warnai hari2 kita... kadang2 mereka tak faham yang mereka sebenarnye sgt bermakna buat kita...


Hanisah Hamdan talks about F.R.I.E.N.D.s


Wednesday, March 2, 2011

bila terjebak dengan DRAMA BODOH!

wahh... akhirnya.. satu drama kehidupan telah kusaksikan... ape kata anda bile melihat cinta tiga segi manusia sejagat?? pernah mengalami nya..? hmmm.. itulah yg dinamakan kehidupan.. sebuah drama yg hanya sekadar memperbodohkan diri sendiri dan akal nya mati melihat diri sendiri dibodohkan seperti bodoh2 sajaaaa.. so guys.. masa ni laaa korg dapat saksikan.. betapa dayus nya seorang yang bernama LELAKI... betapa teruknya hawa nafsu menguasai diri seorang yang dinamakan LELAKI.. dan betapa hebatnya bila mereka takot pengecut bila diri tidak berani berhadapan dan mengawal situasi.. itulah yang dinama kan sebuah DRAMA ALAM YANG SANGAT2 BODOH!! hahahaha... bila sang tupai akhirnya jatuh ke tanah, tidak lagi bisa melompat sepandai2nya.. bagaikan sebusuk kentot melebihi busuknya si tahik,,, yakni... nilainya sudah tidak lagi sewangi sediakala sepertimana yang diidamkan..

ADAM diciptakan untuk melindungi si HAWA, ADAM adalah makhluk allah yang paling tinggi darjatnya.. ADAM adalah orang dihormati oleh si HAWA,  dan ADAM jugalah perwira buat si HAWA..andai seorang ADAM gagal melahirkan sifatnya sebagai seorang ADAM adakah ia layak untuk kita hormati.. adakah seorang ADAM itu yang patut untuk kita hargai..

Wahai HAWA, dengarlah....

" Ya Allah, jika aku jatuh CINTA, cintakan lah aku kepada seorang yang melabuhkan cintanya padaMU, agar kekuatanku untuk mencintaiMU. Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seorang hati yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semua. Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hatiMU. Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seorang yang merindui syahiddi jalanMu. Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurgaMU. Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMU janganlah kenikmatan itu melebihi imdahnya kenikmatan bermunajat di sepertiga malam terakhirMU. Ya Allah, jika aku jatuh hati kepada kekasihMU, jangan biarkan aku tertatih dan tejatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMU. Ya Allah, jika kau halal merindui kekasihMU, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMU..."

aku telah menyaksikan sendiri kedayusan seseorang itu bila ia tidak dapat menilai harga diri, keberanian, perlindungan, kehormatan, dan bila seseorang itu gagal berhadapan dengan segala apa dia patut hadapi nya.. maka.. tiadalah nilai harga seorang yang bergelar insan.. dan melihat keadaan itu, buat ku berfikir.. kenapa lambat ia dibuktikan...dan perasaan yang sangat kuat datang dari Allah mengajarku "tabah menghadapi dugaan ini" ..tiada titisan air mata apatah lagi berduka lara... sbb inilah yang dikata kan kehidupan..

Kita di ajar untuk saling memaafkan sesama kita... seteruk mana dan dengan cara apa ia berlaku... maafkan lah.. berdoa agar suatu hari insan itu dibuka kan hatinya.. berubah utuk menjadi lebih dewasa dan berani untuk mengaku kesalahan diri... :)

damainya dunia pimpinan pemimpin soleh...
cantiknya dunia dengan hiasan wanita solehah...
tenangnya kehidupan berteraskan keimanan...
indahnya dunia disirami iman dan taqwa...-nukilan
  
dan selalu benar kau manjakan matamu memandang keindahan, kelak kau mudah menjadi pelupa... Selalukanlah pujuk matamu memandang kedhaifan, kelak kau akan menjadi pengingat..-nukilan
Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.” ~ nukilan
*guys.. dunia penuh dengan pancoraba... dan akhirnya kita belajar apa erti disakiti dan erti itu bila kita bersedia untuk terima dengan redha, percayalah..sakitnya hanya sementara dan kamu akan belajar untuk lebih menjadi kuat.. dan masa itu, kau mampu tersenyum walaupun hati kau telah pun disakiti... sebab ALLAH ITU MAHA ADIL.. 
saya sudah maafkan awak.. :)..
 

Tuesday, February 22, 2011

10 tanda D.i.A jodoh k.i.T.a

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

its..from haji abdul samad.. nice kan.... :)) but..who konws.. jodoh adalah dari ALLAH.. just bertawakal... allah bukan zalim...kita diciptakan berpasang-pasangan... dekat atau jauh, hanya DIA yang lebih mengetahui... berdoa+usaha+tawakal... jodoh anda mungkin makin hampir dengan anda... nk cari sesempurna adam, adakah kita sesempurna hawa?? sejauh mana pun kita dgn pasanagn kita "andai jodoh itu ada, ia pasti ada.. percayakan takdir ALLAH, dan ikhlas lah menerimanya dengan hati yang lebar dan rasa rendah diri.. insyaallah.. kebahagaian itu adalah milik kita. yang tak pernah lupa dan leka akan kekuasaan-Nya.. amin..